Lotuss Stores (Malaysia) Sdn Bhd
(Lotus’s Malaysia) a leading hypermarket chain in Malaysia, today announced
that it has completed the rebranding of 62 former Tesco stores and its adoption
of technology platforms to deliver every day SMART delights to consumers.
Its official National Launch was
officiated by Yang Berhormat Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Minister of
Malaysia Domestic Trade and Consumer Affairs at Lotus’s Ampang today. Lotus’s
also introduced its new Lotus’s online platform, combining both its loyalty
programme and e-commerce platform into a single application, providing
consumers with a delightful phygital experience in shopping.
“It is our vision to increasingly
delight our customers with greater convenience and a more personalized shopping
experience. By combining both the MyLotus’s loyalty programme and the Lotus’s
online platform, the new Lotus’s App will allow customers to shop with us
online and instantaneously collect points and redeem their rewards,” said
Kenneth Chuah, President of Lotus’s Malaysia.
“With advancement in information
technology, we will be better equipped with data to understand our customers’
needs and customize promotions and rewards to individuals even within the same
household for a more personalized shopping experience.”
The MyLotus’s loyalty programme can
also be enjoyed by customers who shop at their physical stores.
Lotus’s currently has its Scan &
Shop app to enable customers to scan their items themselves in stores to allow
customers to track their spending and manage their budgets. The dedicated lanes
for Scan & Shop shoppers provide customers with a fast checkout, shortening
queuing time.
Customers can also enjoy a fast and
safe shopping experience at 28 Lotus’s stores with its fully cashless
Self-Service Checkout Counters that accepts debit and credit card payments as
well as e-wallets like Boost, kiplePay, GrabPay, Alipay, MCash, MAE, ShopeePay,
Touch ‘n Go and UnionPay.
At the launch, Lotus’s also stated that
the company is aspiring to be the most sustainable retailer through its
#KitakanJiran community spirit and its environmental efforts. The company has
been at the frontline in aiding many vulnerable groups with supplying food and
essential items to B40 families and individuals across the country including
those recently impacted by the recent floods.
Recently, Lotus’s entered into its
second Power Purchase Agreement with NEFIN Group to install solar PV panels on
the rooftop of 12 more stores and one of its Distribution Centre in Simpang
Pulai, Perak, which will bring its total facilities to run on clean energy to
28. The company is expected to reduce its carbon emission by approximately
14,461 tonnes annually through these installations by August 2022.
Lotus’s first
made its debut in Malaysia in February 2021 with the transformation of three
former Tesco stores. Earlier this year, the company had introduced two more new
stores, Lotus’s Pulai Hartamas in Ipoh, Perak and Lotus’s Bandar Puteri Jaya in
Sungai Petani, Kedah totaling its operating stores to 64 across peninsular
Malaysia.
Lotuss Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Lotus’s
Malaysia) rangkaian pasar raya besar terkemuka di Malaysia, hari ini
mengumumkan bahawa ia telah menyelesaikan penjenamaan semula 62 bekas stor
Tesco dan penggunaan platform teknologinya untuk melahirkan keceriaan SMART
pada setiap hari kepada pengguna.
Pelancaran Nasional rasminya telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia di Lotus’s Ampang pada hari ini. Lotus’s juga memperkenalkan platform baharu dalam talian Lotus’s yang menggabungkan kedua-dua program kesetiaan dan platform dalam talian Lotus’s ke dalam satu aplikasi, memberikan pengguna pengalaman phygital yang menarik dalam membeli-belah.
“Adalah menjadi visi kami untuk menceriakan para pelanggan dengan memberikan kemudahan yang lebih baik dan pengalaman membeli-belah yang diperibadikan. Dengan menggabungkan kedua-dua program kesetiaan MyLotus’s dan platform dalam talian Lotus’s, pelanggan boleh membeli-belah dengan kami dalam talian dan serta-merta mengumpul mata dan menebus ganjaran mereka menggunakan Aplikasi Lotus’s yang baharu ini,” kata Kenneth Chuah, Presiden Lotus’s Malaysia.
“Dengan kemajuan dalam teknologi maklumat, kami akan lebih dilengkapi dengan data untuk memahami keperluan pelanggan kami dan menyesuaikan promosi dan ganjaran kepada individu walaupun mereka tinggal dalam sebuah rumah yang sama untuk memberikan pengalaman membeli-belah yang lebih diperibadikan.”
Program kesetiaan MyLotus’s ini juga boleh dinikmati oleh pelanggan yang membeli-belah di stor fizikal mereka.
Lotus’s pada masa ini juga mempunyai Aplikasi Scan & Shop untuk membolehkan pelanggan mengimbas sendiri barangan yang hendak dibeli di stor. Ini membolehkan pelanggan menjejaki perbelanjaan dan mengurus belanjawan mereka. Lorong khusus untuk pembeli Scan & Shop juga disediakan untuk mempercepatkan proses pembayaran dan memendekkan masa beratur.
Pelanggan juga boleh menikmati pengalaman membeli-belah yang pantas dan selamat di 28 buah stor Lotus’s dengan Kaunter Pembayaran Layan Diri tanpa tunai yang menerima pembayaran kad debit dan kredit serta e-dompet seperti Boost, kiplePay, GrabPay, Alipay, MCash, MAE, ShopeePay, Touch 'n Go dan UnionPay.
Pada hari pelancaran, Lotus’s juga menyatakan bahawa
syarikat itu mempunyai aspirasi untuk menjadi peruncit yang mengamalkan
kelestarian melalui semangat komuniti #KitakanJiran dan usaha alam sekitarnya.
Syarikat itu sentiasa bersedia untuk membantu komuniti-komuniti yang kurang
bernasib baik dengan membekalkan makanan dan barangan keperluan kepada keluarga
dan individu B40 di seluruh negara termasuk mereka yang terjejas akibat banjir
baru-baru ini.
Baru-baru ini, Lotus's memeterai Perjanjian Pembelian Kuasa keduanya dengan Kumpulan NEFIN untuk memasang panel PV solar di atas bumbung 12 lagi stor dan salah satu Pusat Pengedarannya di Simpang Pulai, Perak, menjadikan 28 dari jumlah fasiliti Lotus’s yang beroperasi dengan menggunakan tenaga bersih. Melalui pemasangan ini yang dijangka selesai pada Ogos 2022, Lotus’s dapat mengurangkan pelepasan karbonnya sebanyak kira-kira 14,461 tan setiap tahun.
Lotus’s buat pertama kalinya diperkenalkan di Malaysia pada Februari 2021 dengan transformasi tiga bekas stor Tesco. Awal tahun ini, syarikat itu juga telah memperkenalkan dua lagi stor baharu iaitu Lotus’s Pulai Hartamas di Ipoh, Perak dan Lotus’s Bandar Puteri Jaya di Sungai Petani, Kedah. Lotus’s kini mempunyai 64 buah stor yang sedang beroperasi di seluruh semenanjung Malaysia.